• Banjir besar di Jepun terus ragut nyawa

    Published: Friday, 7 July 2017
    A- A+


    ASAKURA: Jumlah korban bencana banjir di Jepun meningkat kepada enam orang setakat hari ini manakala 22 mangsa lagi belum ditemui, kata pihak berkuasa.

    Beberapa bahagian Fukuoka di kepulauan Kyushu, menerima sehingga 593 milimeter hujan dalam masa 48 jam sehingga jam 9 pagi ini waktu tempatan, melebihi paras biasa hujan pada Julai.

    Hujan lebat berterusan beralih arah ke utara Kyushu walaupun amaran sudah ditarik balik.

    Pihak berkuasa berkata, hampir 80,000 orang diarahkan berpindah, rendah berbanding lebih 400,000, ketika tahap hujan lebat tertinggi.

    "Mulanya hujan tidak begitu lebat. Namun, mereka memaklumkan hujan lebat mengatasi rekod dan kemudian hujan turun amat lebat. Kami dapat melihat jalan raya menjadi sungai," kata penduduk Asakura, Sumie Umeyo.

    Kira-kira 12,300 anggota tentera, polis dan bomba mengharungi lumpur dan memanjat timbunan kayu untuk menyelamatkan beratus-ratus penduduk yang terperangkap dalam tanah runtuh. - Reuters


    Subjects:

  • No Comment to " Banjir besar di Jepun terus ragut nyawa "