• Baju Drake Disamakan Dgn Uniform Restoran 24 Jam

    Published: Wednesday, 26 July 2017
    A- A+

    Menjadi viral baru baru ini apabila sekeping gambar memamparkan baju dipakai penyanyi rap terkenal, Drake disamakan dengan uniform rangkaian restoran nasi kandar popular di Malaysia, Pelita.

    Drake memakai pakaian bercorak biru dan keemasan dalam satu acara pentas di mana sekali tengok seakan mirip dengan uniform pekerja restoran 24 jam berkenaan.

    Apa yang lagi melucukan, terdapat juga kreativiti netizen yang melangkaui batas fikiran menyunting gambar berkenaan lalu dipadankan dalam aksi pekerja restoran yang sedang sibuk menyediakan hidangan.

    Perkongsian tersebut telah dimuatnaik oleh @headsink di laman twitternya.

    Gambar berkenaan mendapat lebih daripada 9,000 retweet dan 3,800 likes.

    Menurut sumber, aksi Drake yang berdiri tegak sambil memegang mikrofon itu turut mendapat kritikan daripada netizen luar negara. Netizen menyifatkan aksi tersebut seperti Drake sedang memasuki pertandingan mengeja spelling bee.

    Dalam pada itu, terdapat juga pihak menyamakan penyanyi tersebut seolah sedang membuat pengumuman mengalihkan kenderaan.

    Hmm…Kreatif sungguhkan masing-masing?

    Drake Aubrey Graham atau lebih dikenali sebagai Drake merupakan rapper terkemuka yang berasal daripada Kanada.

    Terdahulu, Drake pernah digosipkan dengan Rihanna sebelum dikatakan menjalinkan hubungan cinta bersama Jennifer Lopez. – MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura

    Subjects:

  • No Comment to " Baju Drake Disamakan Dgn Uniform Restoran 24 Jam "