• Badak Air Tertua Di Dunia Mati

    Published: Tuesday, 11 July 2017
    A- A+

    MANILA: Bertha, dipercayai badak air tertua di dunia mati pada usia 65 tahun di zoo di sini.

    Menurut pihak berkuasa Zoo Manila, haiwan betina seberat 2.5 tan itu ditemui mati di dalam kurungannya Jumaat lalu dan bedah siasat merumuskan, penghuni tertua zoo berkenaan mati kerana pelbagai kegagalan organ.

    “Bertha ialah antara haiwan perintis di sini. Temannya mati pada 1980-an dan pasangan itu gagal memperoleh anak,” kata pengarah zoo, James Dichaves.

    Dia tiba di zoo di Manila itu pada 1959, tahun zoo berkenaan dibuka.

    Menurut Dichaves, pihaknya kehilangan rekod mengenai negara asal Bertha.

    Dengan diberi makan rumput, buah-buahan dan roti dalam kandang seluas 1,000 meter persegi, usia Bertha menjangkau jangka hayat badak sumbu yang biasanya hidup antara 40 dan 50 tahun.-Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Badak Air Tertua Di Dunia Mati "