• Arsenal Pecah Rekod Ikat Lacazette

    Published: Thursday, 6 July 2017
    A- A+


    LYON – Arsenal sah menandatangani penyerang Perancis, Alexandre Lacazette dari Lyon dengan yuran perpindahan tertinggi kelab yang mencecah 60 juta euro (RM292.6 juta) awal pagi tadi.

    Secara asasnya, yuran perpindahan itu juga adalah rekod penjualan tertinggi oleh kelab Ligue 1, Perancis bernilai 53 juta euro (RM258.5 juta), menurut kenyataan laman sesawang Lyon.

    Perjanjian itu mengatasi nilai 50 juta euro (RM243.9 juta) yang dibayar Arsenal ketika membawa masuk Mesut Ozil ke Emirates dari Real Madrid pada tahun 2013.

    Manakala Lyon memecahkan rekod penjualan tertinggi mereka buat kali kedua dalam tempoh sebulan selepas melepaskan Corentin Tolisso ke Bayern Munich pada harga 47.5 juta euro (RM231.6 juta).

    Arsenal berkata, pemain 26 tahun itu sudah menandatangani kontrak jangka panjang yang dilaporkan media British menjangkau sehingga lima tahun.

    “Kami gembira Alexandre menyertai kumpulan kami. Sejak beberapa tahun lalu dia membuktikan kemampuannya menjaringkan gol dan mempunyai tindakan penyudah yang tajam,” kata pengendali Arsenal Arsene Wenger. – AFP/BH ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Arsenal Pecah Rekod Ikat Lacazette "