• Apa Faedah Abg Jo Membangunkan Infrastruktur ICT ?

    Published: Tuesday, 18 July 2017
    A- A+
    Mungkin bagi sesetengah pihak menganggap dunia internet hanya untuk hiburan dan banyak membuang masa. Anggapan tersebut hanya melihat pada skop yang kecil sahaja dan tidak melihat kepada luasnya faedah yang terdapat dalam dunia internet.

    Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg mempunyai pandangan yang begitu luas dalam dunia internet dan ia mampu memberi manfaat yang berguna kepada rakyat.

    Untuk merealisasikan hal tersebut, langkah Abang Jo membangunkan infrastruktur ICT adalah tepat pada waktunya. 1 Bilion ringgit diperuntukkan untuk meningkatkan kelajuan internet dan ia menyeluruh ke seluruh Sarawak terutama di pendalaman.

    Umum mengetahui bahawa penduduk luar bandar mempunyai pelbagai produk yang boleh menyumbang untuk meningkatkan ekonomi penduduk. Salah satu cara mempercepatkan produk tersebut dijual adalah melalui laman sosial yang memerlukan kelajuan internet yang tinggi.

    Hakikatnya, dengan pembangunan infrastruktur ICT ia akan memberi manfaat kepada rakyat serta mampu menjana peningkatan pendapatan rakyat luar bandar. Oleh yang demikian, kerajaan tidak pernah menyekat atau mendiskriminasi ekonomi rakyat berbilang kaum di negeri ini. Yang penting usaha rakyat sendiri boleh mengubah taraf kehidupan sendiri. - Abdul Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Apa Faedah Abg Jo Membangunkan Infrastruktur ICT ? "