• Angka Kematian Akibat Selesema Burung Meningkat

    Published: Monday, 31 July 2017
    A- A+


    YANGON – MYANMAR: Tiga lagi kematian dilaporkan di Yangon, Myanmar akibat influenza A/H1N1-2009 yang juga dikenali selesema burung, menjadikan angka kematian meningkat kepada 10 orang.

    Mangsa maut adalah daripada 44 pesakit disyaki membawa virus berkenaan, lapor agensi berita China Xinhua memetik agensi berita Myanmar pada Isnin.

    Cawangan Kawalan Penyakit Berjangkit Kementerian Kesihatan dan Sukan, akan melaksanakan program pencegahan berdasarkan analisis pakar jangkitan dan kemungkinan masa depan.

    Kementerian mahu semua arahan berikutan penyakit berkenaan diberikan pematuhan ketat dalam usaha mengurangkan kadar jangkitan penyakit.

    Sementara itu, pihak berkuasa memutuskan untuk menangguhkan perayaan Taung Byone yang dijadual pada 31 Julai hingga 7 Ogos di Mandalay.

    Kira-kira 100,000 orang menghadiri perayaan itu setiap hari dan ia menimbulkan kebimbangan kerana boleh menyebabkan wabak selesema burung merebak lebih cepat. – Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Angka Kematian Akibat Selesema Burung Meningkat "