• Anak Biar Mayat Ibu Mereput Tengah Jalan

    Published: Thursday, 6 July 2017
    A- A+


    MAYAT seorang ibu ditemui mereput di atas jalan selepas anak lelakinya meninggalkan mayatnya kerana tidak mampu menanggung kos pengebumian.

    Cecair mula keluar daripada mayat wanita berusia 70 tahun itu selepas ditinggalkan begitu sahaja oleh anaknya yang menganggur dan terdahulu menyimpan mayat itu di rumah mereka selama tiga hari.

    Namun, apabila mayat yang tidak dinamakan itu mula mereput, pemuda berusia 30 tahun itu membuat keputusan untuk meninggalkan mayat ibunya di jalan di tengah bandar Saratov, Rusia.

    Pemuda berkenaan membungkus mayat ibunya menggunakan kotak dengan niat untuk membiarkan ia reput dengan sendiri di atas jalan tersebut.

    Pihak polis telah menjalankan siasatan selepas menemui mayat itu pada pukul 3 pagi Rabu.

    Dipercayai wanita malang itu sudah meninggal dunia sejak Khamis lalu dan pihak polis sedang menjalankan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian. – Mirror/mStar Online

    Subjects:

  • No Comment to " Anak Biar Mayat Ibu Mereput Tengah Jalan "