• Amer Awal Pesuruhjaya Polis Sarawak Baharu

    Published: Monday, 17 July 2017
    A- A+

    KUCHING: Bekas Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Kepolisan Am) Bukit Aman, Datuk Amer Awal memulakan tugas sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak yang baharu berkuatkuasa hari ini.

    Beliau menggantikan Datuk Mazlan Mansor yang berpindah menjadi Ketua Polis Selangor bermula 7 Julai lalu.

    Majlis serah terima tugas disaksikan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat PDRM Kontinjen Sarawak, Jalan Badruddin, Kuching sebentar tadi.- Sarawakiana





  • No Comment to " Amer Awal Pesuruhjaya Polis Sarawak Baharu "