• Ambil Pasir Haram, 9 Warga China Ditahan SPRM

    Published: Thursday, 6 July 2017
    A- A+

    Sembilan warga China ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kerana terbabit dalam pengambilan pasir laut secara haram di perairan Klang, semalam.

    Pengarah Maritim Daerah, Kepten Maritim Abu Zaki Mohammad berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada kru berusia antara 41 hingga 60 tahun termasuk nakhoda yang disyaki mengorek pasir laut.

    Menurutnya, dalam kejadian 4.30 petang itu, pihaknya mengesan kumpulan berkenaan melalui rondaan Ops Satria Selatan pada kurang tiga batu nautika dari perairan berkenaan.

    "Hasil pemeriksaan mendapati kapal dikenali Xin Zhou 1 itu gagal mempamerkan dokumen pengambilan pasir laut yang sah selain gagal mempamerkan Lesen Perkapalan Dalam Negeri (DSL).

    "Deorang daripada kru kapal itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri sah.

    "Mereka yang berada di atas kapal korek itu ditahan mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan Akta Imigresen 1959/63," katanya.

    Menurut Abu Zaki, kes diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

    "Kami akan meningkatkan pemantauan serta operasi di kawasan yang dikenal pasti sebagai titik panas bagi menghalang jenayah maritim berlaku.

    "Kami berharap orang ramai dapat memberikan kerjasama jika ternampak atau mempunyai maklumat mengenai kegiatan haram seperti ini laporkan kepada kami di talian 24 jam MERS 999," katanya, hari ini.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Ambil Pasir Haram, 9 Warga China Ditahan SPRM "