• Alexson Naga Ketuai JSPT Sarawak

    Published: Tuesday, 18 July 2017
    A- A+


    KUCHING: Bekas Penolong Pengarah (Gerakan) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Superintendan Alexson Naga Chabu dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak yang baharu menggantikan Superintendan Mohammad Sar'ie Fauzi berkuat kuasa hari ini.

    Alexson akan menggantikan Mohammad Sar'ie yang turut memulakan tugas sebagai Pegawai Pemerintah Batalion 11, Pasukan Gerakan Am (PGA).

    Majlis serah terima tugas bagi jawatan tersebut disaksikan oleh Ketua Jabatan Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, Senior Asisten Komisioner, Zamani Hamdan di Bilik Mesyuarat IPK Sarawak di sini. -K! ONLINE

  • No Comment to " Alexson Naga Ketuai JSPT Sarawak "