• Ajal Rempuh Penghadang Jalan Di Bau

    Published: Tuesday, 11 July 2017
    A- A+

    BAU: Seorang warga emas berusia 64 tahun maut dalam kemalangan di Kilometer 1 Jalan Sebuku dekat sini semalam.

    Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 9.30 pagi itu, mangsa yang dikenalpasti sebagai Liew Man Nyan maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas sebelum merempuh penghadang jalan.

    Memetik kenyataan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak DSP Bingkok John seperti dilaporkan Utusan Borneo, mangsa dikatakan menunggang motosikal bersendirian dalam perjalanan menuju ke Jalan Sebuku dari pekan Bau.

    “Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian ekoran kecederaan parah di bahagian kepala.

    “Mayat mangsa dibawa ke Hospital Bau untuk tindakan selanjutnya.” katanya.

    Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-Sarawakiana

  • No Comment to " Ajal Rempuh Penghadang Jalan Di Bau "