• Airasia Tawar Diskaun Sehingga 45 Peratus Dalam Kempen Baharu

    Published: Sunday, 30 July 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR - Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia menawarkan diskaun sehingga 45 peratus bagi tempahan kumpulan dalam kempen baharunya, 'Buy More, Save More'.

    Dalam satu kenyataan, syarikat penerbangan itu berkata diskaun 45 peratus itu untuk empat hingga sembilan penumpang yang dibuat di bawah tempahan yang sama, tiga penumpang (35 peratus), dua penumpang (25 peratus), manakala untuk penumpang bersendirian (15 peratus).

    "Promosi ini memberi peluang kepada semua orang, sama ada yang suka melancong bersendirian, dengan keluarga atau rakan, kami akan membawa anda ke destinasi pada kos yang berkurangan," kata Ketua Pegawai Komersil Kumpulan AirAsia, Siegtraund Teh.

    Promosi berkenaan sah bagi laluan dari Kuala Lumpur ke Sydney, Gold Coast Australia, Beijing, Hangzhou dan banyak lagi dengan penerbangan AirAsia X serta dari Kuala Lumpur ke Shantou, Tiruchirappalli, Pekanbaru, Kalibo, Pattaya, Alor Setar, Sibu, Johor Bahru, Langkawi, dan penerbangan AirAsia yang lain.

    Tawaran ini juga termasuk ke destinasi baharu syarikat penerbangan seperti Kuala Lumpur-Sihanoukville, Langkawi-Shenzen dan Langkawi-Kuching, yang akan bermula 9 Ogos, 2017. - BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Airasia Tawar Diskaun Sehingga 45 Peratus Dalam Kempen Baharu "