• Agenda Trump Jejas Dolar AS

    Published: Tuesday, 18 July 2017
    A- A+

    HONG KONG: Nilai dolar Amerika Syarikat (AS) menjunam apabila dua senator Republikan menolak rang undang-undang parti untuk memansuhkan Obamacare.

    Langkah itu sekali gus menghapuskan keberkesanannya dan menimbulkan keraguan kredibiliti Presiden Donald Trump untuk menjayakan agenda ekonomi.

    Mata wang utama global itu sebelum ini melonjak sejajar dengan pasaran global, selepas kemenangan Trump dalam pilihan raya umum November lalu yang mempertaruhkan perbelanjaan besar dan pemotongan cukai untuk memacu ekonomi negara itu.

    Namun dengan krisis menyelubungi White House memberi tekanan kepada Presiden AS itu apabila kontroversi pemansuhan dasar kebajikan kesihatan tidak dapat dipenuhi.

    Ia penting dalam usahanya untuk mendapatkan sedikit ruang dalam peruntukan perbelanjaan negara, namun perkembangan terbaru itu menyebabkan pelabur mula mempersoalkan kemampuannya untuk menjayakan isu besar lain.

    Dengan Republikan menguasai 52 daripada 100 kerusi Senat AS, tentangan penggubalan semula rang undang-undang itu semakin getir apabila dua ahli parti bertindak membelakangi keputusan Presiden AS itu, sebelum diikuti dua lagi anggotanya semalam.

    Keputusan itu bermakna rang undang-undang bagi dasar kesihatan negara itu kini tidak lagi memiliki peluang untuk dilaksanakan, melainkan pemimpin Senat Mitch McConnell melakukan perubahan ketara.

    Dolar berdepan dengan tekanan apabila peniaga memantau rapat sebarang petunjuk kemungkinan Rizab Persekutuan (Fed) untuk menaikkan kadar faedah, pergelutan krisis Trump dan inflasi.

    Kenyataan Pengerusi Fed, Janet Yellen memberikan petunjuk bank pusat mungkin menjejaskan potensi kenaikan kadar faedah dalam tempoh beberapa minggu terdekat. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Agenda Trump Jejas Dolar AS "