• Adik Perempuan Dihukum Rogol Atas Kesalahan Abang Merogol

    Published: Friday, 28 July 2017
    A- A+

    Ia sesuatu yang mengarut apabila majlis kampung di wilayah Punjab, Pakistan ‘sebulat suara’ mengarahkan seorang lelaki merogol gadis berusia 16 tahun sebagai hukuman ke atas kesalahan dilakukan abang mangsa.

    Keputusan tersebut dibuat kononnya sebagai memberi keadilan kerana abang mangsa telah merogol seorang kanak-kanak perempuan dan sebagai balasan, gadis itu perlu menerima nasib sama lalu dirogol depan ibu bapanya dan ahli majlis kampung, kata polis memetik laporan Khaleej Times.

    Ketua Polis Bahagian Multan, Ahsan Younis berkata, kejadian berlaku pada 18 Julai lalu di kampung Rajpur di wilayah Muzafarabad dan pihak polis telah menahan 20 individu termasuk ketua majlis kampung tersebut yang memerintahkan supaya merogol gadis berkenaan.

    Katanya, abang mangsa, Wadda, dituduh merogol adik perempuan kepada Ashfaq pada 16 Julai lalu.

    Susulan kejadian itu, keluarga Ashfaq membawa hal itu kepada majlis kampung sebelum mereka mengarahkan supaya Ashfaq merogol adik perempuan Wadda.

    “Keluarga Wadda membantah keputusan itu tetapi diberitahu bahawa keadilan hanya dapat dilakukan jika perbuatan yang sama diulangi terhadap adik tertuduh,” kata Ahsan dipetik sebagai berkata.

    Tambah Ahsan, keluarga mangsa hanya membuat laporan pada Isnin, iaitu selepas dua hari kejadian tersebut berlaku.

    “Kami telah membuka kertas siasatan berasingan terhadap Ashfaq dan lebih 30 ahli majlis kampung serta Wadda.

    "Kami juga menyiasat sama ada adik perempuan Wadda telah dirogol di hadapan ibu bapa dan abangnya, sepertimana didakwa oleh keluarga Wadda," katanya.

    Ahsan menjelaskan bahawa Ketua Balai Polis Muzafarabad telah menjadi pengadu dalam kes itu supaya kedua-dua pihak tidak boleh mencapai kata sepakat dan menarik balik tuduhan kes terhadap satu sama lain.

    Menurut laporan media, kejadian yang sama berlaku di daerah itu pada awal tahun 2000, di mana seorang gadis, Mukhtaran Mai telah dirogol atas perintah majlis kampung sehingga mencetuskan kemarahan seluruh dunia.-Malaysian Gigest

    Subjects:

  • No Comment to " Adik Perempuan Dihukum Rogol Atas Kesalahan Abang Merogol "