• Abang Johari Hadiri Ramah Tamah Yayasan Sarawak

    Published: Wednesday, 12 July 2017
    A- A+

    KUCHING : Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Yayasan Sarawak yang berlangsung di Wisma Adenan hari ini dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

    Pada majlis tersebut, Yayasan Sarawak turut meraikan 78 pelajar Yayasan Kemajuan Insan Sarawak (YAKIN).

    Abang Johari bersama Pengarah Yayasan Sarawak, Azmi Bujang menyempurnakan acara menyalakan api untuk membakar buluh lemang dan majlis 'langgar meja'.

    Majlis turut diserikan dengan penyampaikan duit raya kepada pelajar YAKIN dan anak kakitangan Yayasan Sarawak.-Sarawakiana
  • No Comment to " Abang Johari Hadiri Ramah Tamah Yayasan Sarawak "