• Abang Jo Tidak Tamak Kuasa

    Published: Wednesday, 12 July 2017
    A- A+

    "Saya sudah 66 tahun dan akan berundur memimpin Sarawak memandangkan saya 10 tahun lagi akan mencecah 76 tahun yang bermaksud saya sudah tua," kata Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

    Kenyataan tersebut jelas menunjukkan Abang Johari bersedia untuk menyerahkan kepimpinan negeri kepada pemimpin baharu apabila tiba masanya.

    Pada masa sama, ia membuktikan Abang Johari tidak tamak kuasa dan yakin dengan kemampun pemimpin baharu mentadbir negeri ini.

    Memang tidak dinafikan Abang Johari mempunyai pelapis terlatih dengan suasana politik era kini dan masa depan.

    Sudah pasti Abang Johari mempunyai pilihan pemimpin yang layak menggantikan beliau yang mampu merubah landskap pembangunan Sarawak secara menyeluruh.-Abdul Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Abang Jo Tidak Tamak Kuasa "