• Abang Jo Tak Mahu Iklan Tahniah Sempena Ulangtahun Kelahiran

    Published: Monday, 31 July 2017
    A- A+

    KUCHING: Pejabat Ketua Menteri Sarawak hari ini mengeluarkan arahan supaya tidak ada iklan ucapan tahniah diterbitkan sempena ulang tahun ke-66 Datuk Amar Abang Johari Tun Openg pada 4 Ogos depan.

    “Itu permintaan beliau kepada semua syarikat akhbar dan meminta mereka untuk menghormatinya,” kata Setiausaha Akhbarnya, Ambrose Cheng pagi ini.

    Sejak pentadbiran Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem, iklan ucapan tahniah tidak digalakkan kerana dianggap membazir dan keterlaluan.

    Tok Nan sebelum ini menasihatkan pengiklan agar menyumbangkan peruntukan itu kepada badan kebajikan. – Sarawakvoice
  • No Comment to " Abang Jo Tak Mahu Iklan Tahniah Sempena Ulangtahun Kelahiran "