• Abang Jo Bawa Sarawak Ke Landasan Yang Betul

    Published: Thursday, 6 July 2017
    A- A+

    KUCHING: Langkah kerajaan negeri pimpinan Datuk Amar Abang Johari Tun Openg menubuhkan Bank Pembangunan Sarawak (DBOS) dan Syarikat Minyak dan Gas Sarawak (Petros) telah membawa negeri ini ke landasan yang betul.

    Malah dari sudut ekonomi, usaha tersebut sejajar dengan sasaran kerajaan untuk mencapai status negeri maju menjelang 2030.

    Memetik laporan Utusan Borneo, seorang Penganalisis Politik Datuk Peter Minos berkata, walaupun menyedari perkara tersebut merupakan rancangan yang besar, namun terdapat beberapa pengkitik cuba menimbulkan keraguan, sekaligus menunjukkan sikap tidak sabra.

    “DBOS dan Petros merupakan rancangan yang sangat besar dan memerlukan masa dan usaha untuk ditubuhkan dan menjalankan operasi.

    “Marilah kita bersabar dan memberi peluang kepada kerajaan Sarawak menjalankan peranannya sebelum kita mula terbabit dalam politik remeh dengan menimbulkan keraguan dan halangan,” katanya dipetik portal tersebut.

    Mengambil contoh syarikat gergasi Petronas, Minos berkata ianya mengambil masa bertahun-tahun untuk bangkit dan bergerak pada tahun 70-an.

    Beliau menambah, cetusan idea serta inisiatif Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg itu membawa manfaat baik untuk Sarawak apabila banyak perkara dapat dilaksanakan dan dicapai dengan segera. – Sarawakiana
  • No Comment to " Abang Jo Bawa Sarawak Ke Landasan Yang Betul "