• 6 Jalani Hukuman Mati Di Arab Saudi

    Published: Tuesday, 11 July 2017
    A- A+

    RIYADH: Enam individu yang disabit kesalahan menyeludup dadah dan membunuh menjalani hukuman mati di Arab Saudi hari ini, kata kerajaan, jumlah banduan tertinggi dalam sehari tahun ini.

    Kementerian Dalam Negeri berkata, seorang warga Pakistan dihukum mati kerana menyeludup dadah dan lima lagi warga tempatan menjalani hukuman itu kerana membunuh.

    Hukuman yang dilaksanakan itu menjadikan bilangan pesalah yang menjalani hukuman mati tahun ini kepada 44 orang.

    Arab Saudi mencatat antara jumlah hukuman mati tertinggi dunia, dengan suspek disabit kesalahan atas keganasan, membunuh, rogol, rompakan bersenjata dan menyeludup dadah berhadapan hukuman mati.

    Tahun lalu, seramai 153 dihukum mati di Arab Saudi tahun lalu, bilangan yang disahkan Amnesty International. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " 6 Jalani Hukuman Mati Di Arab Saudi "