• 6 Bulan Jadi Ketua Menteri, Abg Jo Luluskan Banyak Projek Rakyat

    Published: Wednesday, 19 July 2017
    A- A+
    Enam bulan adalah tempoh yang begitu singkat, dan bukan mudah untuk memenuhi kehendak rakyat dalam masa yang singkat, namun Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari lakukan kerana rakyat berbilang kaum di negeri ini. Selari dengan kenyataan beliau sendiri 'Saya Ketua Menteri untuk semua kaum di Sarawak'.

    Dalam tempoh tersebut, pelbagai perancangan yang besar dilaksanakan terutama sekali untuk pembangunan masyarakat luar bandar. Dasar pembangunan ekonomi luar bandar dirangka agar setiap penduduk dapat meningkatkan taraf kehidupan masing-masing. Oleh yang demikian, Abang Jo memperuntukkan 1 bilion untuk meningkat kelajuan data internet ke seluruh Sarawak dan merealisasikan ekonomi digital yang memberi faedah kepada rakyat.

    Bukan setakat itu sahaja, bagi menyokong dunia ICT, Abang Jo mendapat kembali penguasaan Empangan Bakun untuk Sarawak dan penduduk bakal menikmati tarif elektrik yang murah. Rakyat boleh melayari internet untuk memasarkan produk selama mana tanpa menghirau caj elektrik melambung tinggi.

    Pembinaan jalan pesisir dilaksanakan dan kajian sedang dilakukan agar masyarakat kawasan persisir dapat dihubungi secara menyeluruh. Pada masa sama, Abang Johari turut meluluskan pembinaan jambatan-jambatan yang memisahkan kawasan pesisir. Bukan satu yang diluluskan tetapi banyak yang telah diluluskan. Ia bukan sekadar menghubung kawasan satu kaum sahaja tetapi seluruh kawasan yang didiami pelbagai kaum di Sarawak.

    Pembinaan LRT pula adalah perubahan lanskap Sarawak yang akan menuju negeri maju pada 2030. Ia menyingkatkan perjalanan penduduk dari Serian, Bau dan Samarahan ke Kuching disamping kadar tambang yang murah. Pada masa sama ia akan mengelak berlaku kesesakan jalan di kawasan terbabit pada masa hadapan. Projek tersebut dalam kajian dan akan dilaksanakan tidak lama lagi.

    Banyak lagi yang Abang Johari lakukan dalam tempoh 6 bulan sebagai Ketua Menteri. Hakikatnya, apa yang dilaksanakan adalah memberi kepentingan kepada rakyat kerana Barisan Nasional Negeri jelas berpandangan jauh untuk pembangunan Sarawak agar rakyat Sarawak memiliki pendapatan yang tinggi. - Abdul Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " 6 Bulan Jadi Ketua Menteri, Abg Jo Luluskan Banyak Projek Rakyat "