• 5000 Hadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Di Sri Aman

    Published: Thursday, 13 July 2017
    A- A+

    SRI AMAN: Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Program Penerapan Nilai-nilai Murni anjuran Kementerian Dalam Negeri yang berlangsung di Padang KPSU di tapak Padang Lama di tengah bandar Sri Aman dekat sini hari ini telah dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 5,000 pengunjung.

    Rata-rata para pengunjung terdiri daripada kakitangan kerajaan, ketua kaum, pelajar sekolah dan orang awam hadir bagi memeriahkan majlis tersebut yang turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

    Ahmad Zahid yang tiba pada jam 10 pagi tadi diiringi oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Nur Jazlan Mohamad dan Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Datuk Masir Kujat.

    Terdahulu sebelum menghadiri majlis tersebut, Ahmad Zahid mengadakan lawatan mengejut ke tapak projek hospital Sri Aman yang tertangguh selama 218 hari.-Sarawakiana
  • No Comment to " 5000 Hadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Di Sri Aman "