• 48 warga asing ditahan

    Published: Thursday, 20 July 2017
    A- A+


    JABATAN Imigresen Selangor menahan 48 warga asing termasuk tiga kanak-kanak dalam serbuan di tiga lokasi di sekitar Kampung Bukit Naga, Seksyen 32, Shah Alam, hari ini.

    Operasi dari 12 tengah malam sehingga 3 pagi itu disertai kira-kira 35 anggota penguat kuasa dan dijalankan di rumah kongsi yang kebanyakannya didiami warga asing.

    Pengarah Imigresen Selangor Omran Omar berkata, serbuan dilakukan berdasarkan maklumat awam dan intipan pihaknya selama dua minggu.

    Beliau berkata, 208 warga asing diperiksa di ketiga-tiga lokasi berkenaan.

    "Warga asing yang ditahan membabitkan 32 lelaki, 13 wanita dan tiga kanak-kanak berusia tiga hingga 55 tahun.

    "Pecahan mengikut negara pula adalah 29 dari Indonesia, 10 Bangladesh, lima orang dari Myanmar dan empat orang warga Nepal," katanya ketika ditemui sejurus operasi dijalankan.

    Katanya, antara kesalahan yang dilakukan adalah tiada pas khas dan tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan.

    "Semua yang ditahan dibawa ke pejabat Imigresen di Shah Alam untuk proses dokumentasi sebelum tindakan selanjutnya diambil.

    "Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1953," katanya.-HMetro

    Subjects:

  • No Comment to " 48 warga asing ditahan "