• 40,000 Mangsa Kebakaran Tinggalkan Rumah

    Published: Tuesday, 18 July 2017
    A- A+

    MONTREAL: Kira-kira 40,000 penduduk meninggalkan rumah masing-masing susulan kebakaran besar hutan di British Columbia sejak minggu lalu.

    Menteri Keselamatan Awam, Ralph Goodale, berkata, Kanada mengerahkan beribu-ribu anggota bomba dan ratusan pesawat dari seluruh negara untuk membantu menangani masalah kebakaran, malah mendapatkan bantuan dari Australia.

    Beliau berkata, 39,000 orang dipaksa meninggalkan kediaman dan ia adalah antara tindakan kecemasan terbesar yang pernah dilakukan dalam sejarah British Columbia, iaitu kawasan paling teruk terjejas.

    "Saya menjangkakan kira-kira 50 anggota bomba dari Australia akan datang dalam tempoh beberapa hari lagi. Jika ada bantuan tambahan diperlukan, kami juga akan cuba mendapatkannya," katanya.

    Kawasan selatan dan tengah British Columbia paling teruk dilanda cuaca kering menyebabkan wilayah berhampiran berada dalam keadaan berjaga-jaga sejak 10 hari lalu. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " 40,000 Mangsa Kebakaran Tinggalkan Rumah "