• 3 Dirodok Pada Hari Pertama Larian Lembu

    Published: Saturday, 8 July 2017
    A- A+

    PAMPLONA (SEPANYOL): Dua rakyat Amerika dan seorang warga Sepanyol cedera dirodok pada hari pertama acara tahunan larian lembu tahunan San Fermin di Pamplona, semalam.

    “Seorang lelaki tempatan dari daerah Navarro parah sementara dua rakyat Amerika dirawat tetapi keadaan mereka tidak serius,” kata penganjur dalam satu kenyataan.

    Pesta selama sembilan hari yang bermula semalam diadakan sejak Zaman Pertengahan sempena memperingati seorang paderi tempatan.

    Pengunjung yang datang dari seluruh dunia dengan pakaian merah dan putih akan berlari mengelak enam lembu jantan di laluan sempit Pamplona.

    Ritual sepanjang tiga minit merangkumi jarak 850 meter itu dikisahkan dalam novel nukilan Ernest Hemminway, ‘The Sun Also Rises’ pada 1926.

    Seramai 15 orang maut sejak 1911 dalam acara itu, dengan kematian terakhir direkodkan pada 2009.

    Pada 2016, 87 orang cedera, sebahagian besarnya akibat ditanduk dan dipijak haiwan berkenaan.-AFP

    Subjects:

  • No Comment to " 3 Dirodok Pada Hari Pertama Larian Lembu "