• 3 Anjing Pengesan Dadah Di Sarawak Tidak Cukup - Abdul Karim

    Published: Friday, 28 July 2017
    A- A+

    KUCHING: Sarawak hanya mempunyai tiga anjing pengesan di bawah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) buat masa ini, kata Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

    Sehubungan itu, beliau berkata, Sarawak memohon menambah lebih banyak anjing pengesan dadah bagi memantapkan lagi usaha membanteras kegiatan penghantaran bahan terlarang berkenaan ke negeri ini.

    "Kita cuma mempunyai tiga anjing pengesan di bawah Jabatan Kastam dan Sarawak, sebab itu kita memohon lebih banyak anjing pengesan daripada ibu pejabat.

    "Jika kita lihat, trend penghantaran dadah kini melalui kurier atau diposkan dimana jika tiada anjing pengesan di tempaat tersebut susah untuk kita mengenal pasti atau membanteras bungkusan mencurigakan," katanya.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Karim menjelaskan, tiga anjing pengesan tidak mencukupi bagi Sarawak terutama dalam membanteras pengedaran dadah di pintu masuk utama seperti lapangan terbang, sempadan daratan selain pelabuhan.-Sarawakiana
  • No Comment to " 3 Anjing Pengesan Dadah Di Sarawak Tidak Cukup - Abdul Karim "