• 18 Maut Minum Arah Buatan Sendiri Di India

    Published: Monday, 10 July 2017
    A- A+

    NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 18 maut akibat meminum arak buatan sendiri dalam kejadian petang Khamis lalu di daerah Azamgarh, kira-kira 266 kilometer di timur bandar Lucknow, ibu negeri Uttar Pradesh, lapor agensi berita China Xinhua.

    Menurut pihak berkuasa tempatan, beberapa belas lagi mangsa masih menjalani rawatan.

    Pihak berkuasa tempatan telah mengarahkan siasatan dilakukan berhubung insiden terbaharu melibatkan pengambilan arak buatan sendiri itu.

    Susulan itu juga, pihak polis menjalankan operasi terhadap pengusaha arak buatan sendiri di daerah berkenaan.

    Insiden sama telah menyebabkan seramai 31 maut di daerah Etah, Uttar Pradesh tahun lalu.

    Penjualan dan pengambilan alkohol telah diharamkan di negeri Bihar dan Gujarat.

    Kes kematian disebabkan pengambilan alkohol sering dilaporkan berlaku di India dengan kebanyakan mangsa biasanya meminum arak buatan sendiri.-BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " 18 Maut Minum Arah Buatan Sendiri Di India "