• 16 Maut Pesawat Tentera AS Terhempas

    Published: Tuesday, 11 July 2017
    A- A+


    WASHINGTON - Enam belas orang dipercayai terkorban apabila sebuah pesawat tentera milik Amerika Syarikat (AS) terhempas di Mississippi, lapor media negara ini petang semalam.

    Berita itu kemudian disahkan oleh US Marine Corps yang mendakwa, insiden melibatkan sebuah pesawat KC-130.

    Akhbar The Clarion-Ledger dan portal CNN turut memetik kenyataan Pengarah Pengurusan Kecemasan Leflore County, Fred Randle yang mengesahkan perkara sama dengan jumlah kematian kekal 16 orang.

    Menurut The Clarion-Ledger, pesawat terbabit terhempas di sebuah ladang kacang soya berhampiran Sunflower-Leflore. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " 16 Maut Pesawat Tentera AS Terhempas "