• 14 Penduduk Palestin Cedera

    Published: Wednesday, 19 July 2017
    A- A+


    BAITULMAQDIS: Empat belas penduduk Palestin cedera, sekurang-kurangnya seorang parah dalam pertempuran dengan polis berhampiran pekarangan Temple Mount selepas solat Asar semalam.

    Pegawai hospital berkata, seorang lelaki mengalami kecederaan parah di kepala selepas terkena peluru getah yang ditembak dari jarak dekat tetapi jurucakap polis Israel menafikan ia digunakan.

    Seorang ulama kanan juga ditembak, kata saksi.

    Ketegangan memuncak sekitar perkarangan itu, yang dianggap suci oleh umat Islam dan Yahudi, sejak tiga penduduk Arab-Israel menembak mati dua anggota polis Israel di luar kompleks berkenaan Jumaat lalu dalam salah satu serangan paling serius di kawasan itu dalam masa beberapa tahun.

    Mereka ditembak mati pasukan keselamatan dan pihak berkuasa rejim Zionis menutup perkarangan itu buat sementara.

    Apabila dibuka semula Ahad lalu, pengesan logam dipasang, yang menimbulkan kemarahan pihak berkuasa agama Islam.

    Perkhidmatan ambulans Bulan Sabit Merah Palestin berkata, sekurang-kurangnya 14 cedera dalam keganasan semalam.

    Klip video yang disiarkan di media sosial menunjukkan orang ramai berlari mengelakkan huru-hara dan bunyi letupan kuat. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " 14 Penduduk Palestin Cedera "