• 11 Maut Dipanah Petir Di India

    Published: Monday, 31 July 2017
    A- A+


    NEW DELHI - INDIA. Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dan lapan lagi cedera dipanah petir di Odisha timur India, kata seorang pegawai semalam.

    Kematian dilaporkan di Bhadrak, Baleshwar dan Kendrapara di timur laut Bhubaneswar, Odisha, lapor agensi berita China Xinhua.

    "Lima terbunuh di Bhadrak manakala tiga kematian masing-masing di laporkan di daerah Baleshwar dan Kendrapara," kata seorang pegawai kerajaan tempatan kepada media.

    Kebanyakan mangsa yang maut, bekerja di sawah padi atau berada berhampiran dengan pokok ketika kejadian.

    Pada minggu lepas, kejadian sama mengakibatkan tiga terbunuh Andhra Pradesh.

    Mengikut laporan Biro Rekod Jenayah Kebangsaan, setiap tahun sejak 2005, sekurang-kurangnya 2,000 orang terbunuh di panah petir di India.

    Sementara itu, beberapa daerah Odisha turut dilanda hujan lebat menyebabkan banjir monsun sekaligus mengakibatkan paras air sungai berada di tahap berbahaya di beberapa kawasan. - Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " 11 Maut Dipanah Petir Di India "