• Wartawan Terkena Peluru Ketika Buat Liputan Di Filipina

    Published: Friday, 16 June 2017
    A- A+

    MARAWI - FILIPINA. Seorang wartawan Australia terkena peluru sesat di leher semasa membuat liputan krisis di Filipina.

    Melalui video yang dimuat naik di Twitter, wartawan ABC, Adam Harvey dilihat memakai pendakap leher ketika menerima rawatan semalam di Marawi.

    Harvey memberitahu pemberita, dia berada dalam keadaan baik dan akan membuat imbasan Xray.

    Koresponden ABC di Asia Tenggara yang berpengkalan di Indonesia itu terkena peluru berkenaan di bangunan ibu pejabat wilayah di Marawi di mana lokasi kerajaan akan memberi kenyataan kepada media mengenai perkembangan krisis di Marawi.

    "Terima kasih semua, saya OK. Peluru masih di leher tetapi tidak terkena bahagian yang penting," tulis Harvey di Twitter.

    Dr Jose Eric Laya berkata, peluru berkenaan terkena di bahagian bawah telinga kiri Harvey, lapor AP.

    Subjects:

  • No Comment to " Wartawan Terkena Peluru Ketika Buat Liputan Di Filipina "