• WARISAN Sabah bukan pencabar UMNO

    Published: Thursday, 22 June 2017
    A- A+
    Ahli UMNO digesa memperkukuhkan hubungan terutamanya dalam menghadapi perjuangan politik semasa yang amat mencabar pada ketika ini.

    Ahli Majlis Tertinggi parti, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata hubungan silaturahim dalam kalangan akar umbi terutama di Sabah perlu dipertingkat.

    “Dengan adanya hubungan silaturahim yang kukuh saya yakin Sabah terus kekal di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang dengan pimpinan seorang Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman yang begitu komited kepada perjuangan, sentiasa bekerja keras serta mengambil berat terhadap rakyat di seluruh di negeri ini,” katanya pada Majlis Iftar Ramadan Pergerakan Wanita UMNO Sabah, Rabu malam.

    Turut hadir Ketua Wanita negeri, Datuk Armani Mahiruddin dan Naib Ketua Wanita negeri Datuk Jainab Ahmad Ayid.

    Tajuddin yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata parti Warisan Sabah (WARISAN) di negeri bawah bayu itu tidak menjadi cabaran besar kepada UMNO.

    “Oleh itu saya menyokong penuh agar UMNO menang dalam pilihan raya akan datang di Sabah,” katanya. - BNBBC News

    Subjects:

  • No Comment to " WARISAN Sabah bukan pencabar UMNO "