• Warga Emas Ditemui Mati Di Miri

    Published: Monday, 19 June 2017
    A- A+

    MIRI: Seorang lelaki warga emas ditemui mati di rumah sewanya dekat sini petang semalam.

    Dalam kejadian sekitar jam 3 petang itu, pemilik rumah yang dikenali sebagai Mr Chang meminta khidmat bantuan bomba bagi membuka pintu terkunci di Jalan Hillstone tersebut.

    Jurucakap Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 3.45 petang dan sepasukan anggota telah dikerah menuju ke lokasi.

    “Sebaik tiba di lokasi pihak bomba menemui mayat seorang lelaki terbaring di atas lantai di ruang tamu rumah berkenaan.

    “Mangsa yang dikenalpasti sebagai Kiv Teck Nyan, 76 diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya. - Sarawakiana

  • No Comment to " Warga Emas Ditemui Mati Di Miri "