• Wanita Usia 40-An Macam Gadis Remaja

    Published: Thursday, 22 June 2017
    A- A+


    SEKILAS pandang anda mungkin terfikir dia adalah pelajar. Namun jangan terkejut kerana wanita ini, Lure Hsu baru menyambut hari jadi yang ke-42.

    Lure, dari Taiwan kini menjadi sensasi internet disebabkan wajah awet muda yang dimilikinya dan dia berjaya menarik perhatian ramai.

    Menurut Lure, rahsianya ialah dia minum banyak air dan makan sayur.

    Lure juga tidak minum minuman manis dan satu-satunya minuman berwarna yang diminumnya adalah kopi pada waktu pagi.

    Tidak ketinggalan ialah pengambilan vitamin C serta kolagen.

    Dia yang juga seorang pereka fesyen pertama kali menarik perhatian ramai disebabkan oleh adiknya, Sharon Hsu.

    Sharon, 35, adalah aktres di Taiwan. Dia telah menjemput kakaknya ke rancangan hiburannya pada 2015 dan sejak itu Lure mendapat perhatian apatah lagi selepas usianya didedahkan kepada umum.

    Ramai yang terkejut apabila mengetahui usia sebenar Lure kerana dia seakan-akan gadis remaja,

    Akaun instagramnya sudah mempunyai 230,000 pengikut manakala akaun Facebooknya pula melebihi 341,000 `like’. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Wanita Usia 40-An Macam Gadis Remaja "