• Wanita Disyaki Miliki Syabu Ditahan

    Published: Thursday, 22 June 2017
    A- A+


    SARIKEI – Polis menahan seorang penganggur wanita kerana disyaki memiliki dadah jenis syabu di sini, kira-kira 11.15 pagi semalam.

    Ketua Polis Daerah Sarikei Supt Mat Jusoh Muhammad berkata, ujian saringan awal mendapati wanita berusia 25 tahun dari Jalan Cempaka di sini itu positif dadah jenis amphetamine.

    Beliau berkata, suspek yang ditemui dalam keadaan mencurigakan di tangga tingkat tiga berhampiran sebuah hotel di Jalan Tun Razak di sini, ditahan dan diperiksa sebelum polis menemui satu paket plastik lutsinar kecil yang berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu seberat 0.42 gram dalam beg sandangnya.

    “Wanita berkenaan ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya hari ini.

    Hasil siasatan mendapati wanita yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau itu memperolehi dadah tersebut daripada seorang lelaki yang berasal dari Sibu.

    Mat Jusoh memberitahu, kegiatan tidak sihat berkaitan dadah di Sarikei adalah terkawal berikutan operasi berterusan yang dijalankan polis. – BERNAMA
  • No Comment to " Wanita Disyaki Miliki Syabu Ditahan "