• Wanita Bercita-Cita Jadi Paling Gemuk Kini Tukar Impian

    Published: Wednesday, 14 June 2017
    A- A+

    Seorang wanita yang bercita-cita untuk menjadi wanita paling gemuk di dunia kini terpaksa memikirkan semula hasrat berkenaan selepas dia disahkan mengandung 15 minggu.

    Monica Riley, dari Fort Worth, Texas, sebelum ini akan makan makanan mengandungi 10,000 kalori sehari semata-mata mahu jadi gemuk, namun kini dia terpaksa menukar cara hidup dengan makan 2,000 kalori sehari.

    Dia mula makan makanan kukus dan sayur-sayuran.

    Berat badannya mencecah 317kg pada usia 28 tahun namun selepas mengandung, dia kehilangan 91kg dalam masa 10 minggu. Monica pernah dua kali mengandung namun keguguran.

    Tunangnya, Sid, memang meminati wanita gemuk dan ia menyebabkan lelaki itu menyuap apa sahaja makanan kepada Monica.

    “Ada satu masa tu saya mahu jadi wanita paling gemuk di dunia. Saya mahu berbaring dan disuap makan namun kini apabila saya mengandung, ia umpama satu kejutan.

    “Saya mahu aktif dengan anak saya kelak dan terlibat secara langsung dengannya. Anda tidak boleh melakukannya jika anda gemuk,’’ katanya.

    Monica tidak mahu lagi kehilangan bayinya dan dia sedar betapa bahayanya mengandung dalam keadaan gemuk. Dia kini mendapatkan nasihat doktor mengenai pemakanan sihat dan sokongan daripada tunangnya. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Wanita Bercita-Cita Jadi Paling Gemuk Kini Tukar Impian "