• Video Ultraman Menari Lagu Raya Dicela

    Published: Tuesday, 13 June 2017
    A- A+

    Hari Raya Aidilfitri merupakan hari kemenangan umat Islam setelah sebulan berjaya menahan lapar dan dahaga sepanjang Ramadan.

    Bagi meraikan hari kemenangan ini, banyak lagu-lagu raya dihasilkan bagi menambahkan kemeriahan mood raya.

    Banyak lagu raya nostalgia dan malar segar sering kali dialunkan dan menjadi kewajipan dimainkan di corong-corong radio dan pusat membeli-belah.

    Antara yang menjadi kegemaran pastinya lagu Selamat Hari Raya nyanyian Allahyarhamah Sharifah Aini, Dendang Perantau (Allahyarham Tan Sri P. Ramlee), Sesuci Lebaran (Datuk Siti Nurhaliza) dan Satu Hari Di Hari Raya (Datuk M. Nasir).

    Namun kesucian lagu-lagu raya telah dicemari dengan perbuatan ‘kreatif’ sesetengah pihak yang seolah-olah menghina perayaan Aidilfitri itu sendiri.

    Bagi individu yang mengedit video tarian Ultraman sedang menari lagu raya dalam aksi penuh ghairah ini pastinya dia mempunyai kosong pengetahuan dalam mendalami erti-erti serta semangat raya yang sepatutnya diaplikasikan olehnya.

    Dengan mengedit video seperti ini, mungkin sekali pandang, nampak macam lawak, tapi macam tak berapa sesuai pula.

    Tindakan mereka yang menghasilkan video klip ini sama sekali tidak memikirkan sensitiviti umat Islam sekali gus mungkin telah menyinggung perasaan sesetengah pihak di luar sana. – MYNEWSHUB.CC



    Subjects:

  • No Comment to " Video Ultraman Menari Lagu Raya Dicela "