• Video : Rumah Panjang Moden Di Sarawak Yang Gila Awesome!

    Published: Friday, 16 June 2017
    A- A+


    APABILA sebut mengenai rumah panjang, pasti ramai yang terbayangkan rumah tradisional yang dibina memanjang dan dihuni beberapa buah keluarga dalam masyarakat Sarawak.

    Namun kini seiring dengan perkembangan zaman, rumah panjang yang dahulunya diperbuat daripada kayu telah dibina secara moden menggunakan konkrit, serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas yang lain.


    Menerusi perkongsian pengguna Facebook Andrewson Luat, beberapa keping gambar dan video menarik mengenai sebuah rumah panjang moden yang terletak di Bintulu, Sarawak telah menarik perhatian netizen di media sosial.

    Rumah panjang moden itu dikatakan mempunyai 33 buah rumah lain di dalamnya dan ia dihuni oleh kenalan-kanalan rapat dan saudara maranya.

    Dapat dilihat kawasan koridor di luar rumah panjang yang dipanggil ‘ruai’, yang dikenali sebagai tempat berkumpul para penduduk apabila tiba musim perayaan atau pada acara-acara tertentu.


    Selain itu, reka bentuk rumah juga seakan sama seperti konsep lot kedai namun masih mengekalkan reka bentuk tradisional rumah panjang.

    Menariknya, ikatan kemasyarakatan penduduk rumah panjang adalah begitu erat berikutan setiap penduduk pasti akan melakukan pelbagai aktiviti secara bersama dalam keluarga yang besar.

    Sehingga kini, posting daripada Andrewson itu menerima lebih 12,214 perkongsian dan 635,436 tontonan sejak dimuat naik pada Selasa. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Video : Rumah Panjang Moden Di Sarawak Yang Gila Awesome! "