• Video : Ngeri! Rakaman Wanita Terjun Bangunan Tersebar

    Published: Wednesday, 14 June 2017
    A- A+


    KECOH menerusi media sosial sejak semalam apabila sebuah rakaman video memaparkan situasi mencemaskan seorang wanita terjun bangunan di sebuah kondominium di Singapura.

    Dalam kejadian jam 7 petang di kondominium The Interlace semalam, wanita yang dipercayai warga Myanmar itu dilihat duduk di luar kawasan balkoni kediaman pada ketinggian tingkat 19.

    Dalam video tersebut, kedengaran seorang wanita sedang cuba memujuknya untuk membatalkan niat untuk terjun bangunan dalam bahasa Myanmar.

    Bagaimanapun, individu terbabit gagal memujuk mangsa yang kemudian bertindak terjun dalam keadaan tangan dan kakinya terbuka sebelum terhempas ke lantai.

    Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu menjerit ketakutan dan lebih mengerikan apabila terdengar bunyi hentakan kuat itu.

    Perkongsian video di laman Twitter menjadi bualan hangat netizen dan ada yang menganggap wanita tersebut didera oleh majikannya sehingga memaksa dirinya untuk membunuh diri.

    Stomp melaporkan, mangsa yang berusia 25 tahun itu bekerja sebagai pembantu rumah dan polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif kejadian tersebut. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Video : Ngeri! Rakaman Wanita Terjun Bangunan Tersebar "