• Video: Inilah Contoh Bikers Jiwa Sejati…

    Published: Wednesday, 14 June 2017
    A- A+

    Seorang penunggang motosikal di Singapura menerima pujian ramai selepas video yang memaparkan dirinya membantu seorang warga emas menjadi tular melalui media sosial.

    Menerusi rakaman berdurasi dua minit 45 saat, Elfie Amin yang sedang menunggang motosikal pada mulanya terserempak dengan lelaki itu yang dilihat berada di tengan-tengah Lebuhraya Rentas Pulau (PIE).

    Dia yang kehairanan dengan keadaan itu lantas terus bertanyakan tujuan sebenar warga emas tersebut berada di tengah-tengah lebuh raya sibuk terbabit.

    “Ke mana pak cik hendak pergi?” soalnya sambil memberitahu jalan yang dilintasi oleh lelaki itu adalah sangat berbahaya.

    Selesai mendengar jawapan, Elfie kemudian menawarkan bantuan untuk menghantar warga emas itu ke rumahnya dengan membonceng bersama.

    Sementara itu di laman Facebook, Elfie mengatakan punca sebenar mengapa lelaki itu berada di tengah-tengah lebuhraya adalah disebabkan bas yang dinaikinya tidak turun di lokasi perhentian yang betul.

    Video rakaman tersebut sehingga kini menerima lebih 4,400 perkongsian dan 295,000 tontonan sejak dimuat naik semalam.

    Katanya lagi, dia mengharapkan video tular itu membuatkan lebih ramai anak muda tergerak hati untuk membantu orang ramai lebih-lebih lagi pada bulan mulia ini.

    “Buat baik dan kebaikan akan melimpahi anda. Ramadhan Kareem buat semua,” katanya. -MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Video: Inilah Contoh Bikers Jiwa Sejati… "