• Van Langgar Pejalan Kaki Di London, Beberapa Orang Cedera

    Published: Monday, 19 June 2017
    A- A+


    LONDON: Beberapa orang cedera di utara London pada awal Isnin, susulan laporan bahawa terdapat sebuah kenderaan yang telah merempuh pejalan kaki, menurut polis Britain.

    Polis berkata, mereka dihubungi selepas jam 12.20 tengah malam waktu tempatan, berhubung laporan mengenai kemalangan yang terjadi di Seven Sisters Road, di kawasan Finsbury Park di bandar ini.

    Menurut akhbar The Sun, sebuah van melanggar sekumpulan orang ramai berhampiran masjid Finsbury Park.

    "Terdapat beberapa kecederaan di tempat kejadian. Seorang telah ditangkap," kata polis London.

    Saksi Reuters menyaksikan sekurang-kurangnya seorang di dalam ambulans. Anngota polis dan beberapa unit ambulans kelihatan di tempat kejadian. - Awani

    Subjects:

  • No Comment to " Van Langgar Pejalan Kaki Di London, Beberapa Orang Cedera "