• Turki Harap Arab Saudi Atasi Krisis Qatar

    Published: Friday, 16 June 2017
    A- A+

    ANKARA: Turki mengharapkan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud untuk mengetuai usaha menyelesaikan krisis di Qatar, menurut Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu, malam tadi.

    Apa pun, beliau berkata, tindakan mengenakan sekatan dan larangan tidak akan dapat memulihkan keadaan itu.

    Cavusoglu akan berkunjung ke Arab Saudi, hari ini (Jumaat) untuk mengadakan perbincangan mengenai pertikaian Qatar.

    Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain memutuskan hubungan dan mengenakan sekatan ke atas Qatar, menuduh negara itu menyokong keganasan dan menjalinkan kerjasama dengan Iran.

    Namun, Doha menafikannya. - Reuters.

    Subjects:

  • No Comment to " Turki Harap Arab Saudi Atasi Krisis Qatar "