• Tourism Malaysia Masih Perlu Bertangungjawab Promosi Sarawak - Karim

    Published: Thursday, 15 June 2017
    A- A+


    Lembaga Pelancongan Malaysia (MTB) masih tetap bertanggungjawab untuk mempromosikan Sarawak meskipun kerajaan negeri telah memutuskan menarik balik perwakilannya dalam MTB, kata Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah

    Memetik laporan TheBorneoPost, Karim berkata Sarawak masih sebahagian daripada Malaysia dan Tourism Malaysia (MTB) harus tetap melakukannya kerana merupakan salah satu objektif penubuhan yang melibatkan semua negeri.

    "Hanya kerana kerajaan negeri telah menarik balik penyertaan dari MTB, tidak bermakna mereka tidak perlu untuk mempromosikan pelancongan Sarawak lagi,"

    Jelas Karim lagi, keputusan kerajaan negeri untuk menarik balik penyertaan adalah disebabkan Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) juga mempunyai peranan yang sama seperti yang dilakukan oleh Tourism Malaysia.

    "Oleh itu, kami tidak mahu pertindihan ini. Mungkin juga kita hanya menumpukan pada STB kita sendiri untuk melakukan semua promosi,"katanya

    Tambah Karim lagi, beliau berpendapat kerajaan negeri berkemungkinan akan meletakkan wakil Tourism Malaysia untuk berada dalam Lembaga Pengarah STB.

    "Kami akan membincangkannya. Sekurang-kurangnya, wakil Tourism Malaysia boleh duduk di STB dan melihat apa yang sedang kami lakukan,"- Sarawakiana

  • No Comment to " Tourism Malaysia Masih Perlu Bertangungjawab Promosi Sarawak - Karim "