• Tindakan Imam Masjid London Halang Pukul Penyerang Dipuji

    Published: Tuesday, 20 June 2017
    A- A+

    LONDON: Polis memuji tindakan iman masjid, Mohammed Mahmoud yang berusaha memujuk orang ramai agar tidak memukul penyerang yang merempuh jemaah Muslim di Finsbury Park semalam.

    Orang ramai yang marah dengan kejadian itu menarik suspek keluar daripada van dan mahu membelasahnya.

    Bagaimanapun, Mohammed merayu dan memujuk agar suspek tidak dipukul, sebaliknya menyerahkannya kepada polis.

    Sementara itu, bahagian perkhidmatan keselamatan berkata suspek tiada dalam senarai yang boleh dikaitkan dengan kegiatan pelampau.

    "Pihak berkuasa tidak mengesan sebarang perbuatan yang berunsur extremisme yang boleh dikaitkan dengan lelaki itu," kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri kepada Sky News. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Tindakan Imam Masjid London Halang Pukul Penyerang Dipuji "