• Tiada Rakyat Malaysia Terbabit Insiden Serangan Bom Di Makkah

    Published: Saturday, 24 June 2017
    A- A+
     

    KUALA LUMPUR: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbabit dalam insiden serangan bom berani mati berhampiran Masjidilharam di Makkah semalam yang mencederakan 11 orang termasuk lima pegawai polis Arab Saudi.

    Dalam satu kenyataan hari Sabtu, kementerian itu berkata ia akan memantau situasi berkenaan melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah.

    "Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan bom berani mati pengganas di Makkah...serangan pengganas ini adalah lebih tragik memandangkan ia berlaku dalam bulan Ramadan.

    Malaysia juga merakamkan ucapan takziah serta simpati kepada kerajaan serta rakyat Arab Saudi dan keluarga mangsa yang terbabit dalam serangan ini, kata kenyataan itu.

    Media melaporkan kejadian itu berlaku-kira-kira 1.5km dari Masjidilharam.

    Untuk sebarang kecemasan atau maklumat lanjut, orang awam boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah di talian 00966126727740 atau 00966126728019. - BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Tiada Rakyat Malaysia Terbabit Insiden Serangan Bom Di Makkah "