• Tersentuh Lihat Anak Tabah Jaga Bapanya

    Published: Tuesday, 20 June 2017
    A- A+

    Tersentuh hati tatkala melihat gambar seorang budak sedang memandi dan mewudukkan bapanya yang terlantar sakit di hospital.

    Budak itu adalah anak kepada penerbit filem Pak Pong, Raja Mohammad Mohd Ismail yang kini sedang terlantar di Hospital Tuanku Jaafar Seremban akibat kanser tahap empat.

    Tersentuh Lihat Anak Tabah Jaga Bapanya

    Walau masih mentah, anak penerbit filem itu mengerti tanggungjawabnya sebagai seorang anak terhadap bapanya yang sakit.

    Gambar berkenaan dikongsikan oleh bapa saudaranya, Zainuddin Mohd Ismail menerusi akaun Facebook miliknya.

    Zainuddin turut mendoakan kesejahteraan anak saudaranya yang berdepan dugaan yang hebat terutamanya di bulan Ramadan ini.

    Tersentuh Lihat Anak Tabah Jaga Bapanya

    “Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, anak soleh mandikan ayah dan ambil wuduk untuk ayah beliau.

    “Ya Allah kau jadikan dia anak soleh dan sembuhkan penyakit ayah dan panjangkan umur beliau amin amin,” tulisnya.

    Semoga anak ini dan bapanya diberikan kesembuhan serta terus tabah dengan dugaan dan mendapat rahmat dari Allah SWT. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Tersentuh Lihat Anak Tabah Jaga Bapanya "