• TERKINI: Tiga cedera parah kes rempuh pejalan kaki

    Published: Monday, 19 June 2017
    A- A+

    LONDON: Sebuah kenderaan merempuh pejalan kaki di Finsbury Park di utara ibu kota England hari ini menyebabkan beberapa cedera, tiga daripadanya serius, kata polis dan saksi.

    Seorang ditangkap susulan kejadian itu.

    "Polis dihubungi sejurus selepas jam 12.20 tengah malam waktu tempatan untuk melaporkan kemalangan membabitkan kenderaan dengan pejalan kaki.

    "Ada beberapa kecederaan di lokasi kejadian. Seorang ditahan," kata polis dalam kenyataan.

    Sementara itu, Majlis Islam Britain (MCB), dalam Twitter berkata: "Kami dimaklumkan sebuah van merempuh jemaah ketika mereka meninggalkan Masjid Finsbury Park. Kami mendoakan mangsa."

    Ketua MCB, Harun Khan, dalam Twitter berkata van itu 'sengaja' merempuh jemaah yang baru keluar masjid selepas menunaikan solat Tarawih.

    Masjid berkenaan berhampiran Seven Sisters Road, lokasi kemalangan berlaku, dan pernah dikenali sebagai hab radikal Islam tetapi sudah berubah di bawah pengurusan baru. - AFP/Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " TERKINI: Tiga cedera parah kes rempuh pejalan kaki "