• Lapan individu termasuk warga emas mengaku bersalah ponteng puasa

    Published: Thursday, 15 June 2017
    A- A+
    gambar hiasan

    KOTA SAMARAHAN - Lapan individu termasuk seorang lelaki warga emas mengaku bersalah di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini atas kesalahan tidak berpuasa dalam bulan Ramadan.

    Kesemua tertuduh berusia antara 32 hingga 61 tahun tersebut sebelum itu dituduh mengikut Seksyen 14(b) Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah 2001, manakala seorang lagi didakwa mengikut Seksyen 44 akta sama.

    Hakim Syarie, Idris Abdul Kadir kemudian memerintahkan empat tertuduh dikenakan denda sebanyak RM1,000, manakala selebihnya dijatuhkan denda RM800 hingga RM100.

    Jika gagal membuat pembayaran, kesemua tertuduh akan dipenjara selama tujuh hari hingga dua bulan.

    Pendakwaan ke atas kelapan-lapan tertuduh dilakukan oleh Pendakwa Syarie, Norlinawati Tuah dan Khalijah Abeng, manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam. - K! ONLINE


  • No Comment to " Lapan individu termasuk warga emas mengaku bersalah ponteng puasa "