• TERKINI: 12 Maut Kebakaran Menara Grenfell

    Published: Thursday, 15 June 2017
    A- A+

    LONDON: Sekurang-kurangnya 12 maut dalam kebakaran besar yang memusnahkan sebuah blok kediaman di ibu kota ini semalam dan angka itu kemungkinan meningkat, kata polis.

    Komander Polis Stuart Cundy memberitahu media, pihaknya mengesahkan setakat ini sejumlah 12 mangsa maut.

    "Dengan sedih saya mengesahkan ada 12 mangsa maut yang kami ketahui, ia mungkin menjadi operasi panjang dan rumit dan saya menjangka angka kematian mungkin melebihi jumlah di atas," katanya.

    Lebih 200 anggota bomba, disokong 40 jentera berjuang selama beberapa jam cuba mengawal kebakaran di Menara Grenfell. -Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " TERKINI: 12 Maut Kebakaran Menara Grenfell "