• Tempoh Reman Pegawai SPRM Dilanjutkan

    Published: Monday, 12 June 2017
    A- A+

    BUKIT MERTAJAM: Tempoh reman ke atas seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang ditahan susulan kes pemerasan dilanjutkan dua hari lagi sehingga Rabu ini.

    Majistret Nurulrasyidah Mohd Akit mengeluarkan perintah itu di lokap Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, di sini, sebentar tadi.

    Kelmarin, suspek berusia 38 tahun yang berpangkat Penolong Penguasa SPRM itu direman tiga hari bagi membantu siasatan kes memeras ugut pegawai polis untuk mendapatkan habuan wang tunai bulanan daripada mangsa.

    Dia ditahan sepasukan polis daripada Cawangan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) sejurus disyaki menerima wang RM3,000 hasil pemerasan daripada mangsa di sebuah restoran di Taman Machang Bubok Bukit Mertajam, di sini, kira-kira jam 10.20 malam, Jumaat lalu.

    Difahamkan, hasil siasatan ke atas telefon bimbit suspek mendapati, dia turut memeras ugut tujuh lagi pegawai polis daripada Cawangan D7 dengan tujuan dan modus operandi sama. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Tempoh Reman Pegawai SPRM Dilanjutkan "