• Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal 24 Jun

    Published: Saturday, 17 June 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR - Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menetapkan tarikh Hari Raya Puasa ialah petang Sabtu, 24 Jun bersamaan 29 Ramadan 1438 Hijrah, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini.

    Kenyataan itu menjelaskan, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).

    "Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa menerusi radio dan televisyen," kenyataan itu menerangkan.

    Anak bulan Syawal akan dilihat di 29 lokasi di seluruh negara iaitu:

    JOHOR: Pontian Kecil

    MELAKA: Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu (Tanjung Bidara)

    NEGERI SEMBILAN: Telok Kemang (Port Dickson)

    SELANGOR: Bukit Melawati (Kuala Selangor), Bukit Jugra (Banting), Balai

    Cerap Selangor (Sabak Bernam) PERAK: Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru (Manjong)

    PULAU PINANG: Pusat Falak Sheikh Tahir (Pantai Aceh)

    KEDAH: Kampung Pulau Sayak (Kuala Muda), Pemandangan Indah (Pulau Langkawi),

    Menara Alor Setar (Alor Setar)

    TERENGGANU: Bukit Besar (Kuala Terengganu), Bukit Geliga (Kemaman), Pulau Perhentian (Besut), Balai Cerap KUSZA (Setiu)

    KELANTAN: Bukit Peraksi (Pasir Puteh), Bukit Kampong Tembeling (Kuala Krai),

    Menara Bangunan SEDC (Kota Bharu)

    SARAWAK: Esplanade Luak (Miri), Teluk Bandung (Kuching), Tanjung Batu (Bintulu)

    SABAH: Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil (Putatan)

    PAHANG: Bukit Tanjong Batu (Nenasi), Gunung Berincang (Cameron Highlands),

    Bukit Pelindong (Kuantan)

    LABUAN: Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah

    KUALA LUMPUR: Menara Kuala Lumpur PUTRAJAYA: Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya

    PERLIS: Kuala Sungai Baru (Simpang Empat). - BERNAMA



    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tarikh-lihat-anak-bulan-syawal-24-jun-1.494334#ixzz4kGJ7TPVp
    © Utusan Melayu (M) Bhd

    Subjects:

  • No Comment to " Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal 24 Jun "